Seorang gadis yang tak tahu tentang blog sehingga berkawan dengan seorang ahli blog yang sangat aktif.
Dulu aku penentang kuat untuk adakan blog sendiri kerana beranggapan, blog hanya dikarang untuk menjadi popular. Tapi, akhirnya aku sendiri ada blog. Dan buat pertama kali nya aku sangat berkehendakan untuk adakan blog ini. Ini semua kerana Kau.
Kalaulah Kau baca.
Hati aku memang nak Kau baca, tapi pada masa yang sama aku memang tak mahu langsung Kau tahu yang aku ada blog istimewa untuk meluahkan isihati aku, terutamanya tentang Kau, sahabatku. Sahabat yang tak akan aku jumpa lagi, tak akan aku borak bersama lagi, tak akan makan bersama lagi, ketawa bersama, jalan bersama, mengumpat bersama, berseronok bersama, tidur bersama, berbelanja bersama, dan membuat perkara istimewa yang orang lain katakan bodoh.
Hmm. aku sangat nak mengeluh panjang, berharap semua masalah dengan Kau berlalu pergi dengan keluhan aku.
Kalaulah boleh...
No comments:
Post a Comment